RENUNGAN

BAHASA JIWA BANGSA

LATIHAN



Soalan 22-24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal
22.Negara kita mencapai kemerdekaan atas semangat dan daya usaha
rakyat yang 
inginkan kebebasan daripada pemerintahan kolonial.

APenjajah telah memberikan kemerdekaan kepada rakyat negara ini yang
mempunyai semangat dan daya usaha.

BKemerdekaan Berjaya dicapai kerana adanya semangat dan daya juang
rakyat yang ingin bebas daripada penjajah .

CRakyat perlu mempunyai semangat dan gigih berusaha untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.

DSemangat dan kesungguhan merupakan faktor penting untuk mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial.


Jawapannya : B

23."Kamu tidak sepatutnya berada di sini, sekarang waktu
persekolahan," kata anggota polis itu kepada kumpulan pelajar
yang melepak di taman.

AAnggota polis itu mengarahkan kumpulan pelajar yang melepak di taman itu pergi ke sekolah.

BAnggta polis yang berada di taman itu meminta pelajar pergi ke sekolah kerana waktu persekolahan telah tiba.

CKumpulan pelajar yang melepak di taman itu sepatutnya pergi ke sekolah setelah diajak oleh anggota polis.

DAnggota polis itu mengingatkan kumpulan pelajar yang melepak di taman bahawa mereka sepatutnya berada di sekolah pada waktu itu.


Jawapannya : D

24.Rakyat negara ini perlu memajukan bidang pertanian dalam usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.

AUsaha memajukan bidang pertanian wajar diberikan perhatian oleh rakyat negara ini bagi mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.

BRakyat negara ini diseru agar meningkatkan usaha mengurangkan pergantungan bahan makanan dari luar negara.

CRakyat negara ini tidak harus bergantung pada bahan makanan yang diimport jika ingin memajukan bidang pertanian .

DPergantungan terhadap bahan makanan dari luar negara perlu dikurangkan oleh rakyat negara ini dalam usaha untuk memajukan bidang pertanian .


Jawapannya : A


Soalan 25- 27
Pilih ayat-ayat yang betul.
25IPertanyaan saya tentang masalah itu masih belum berjawab lagi.

IIIbu bapa hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap pelajaran anak.

IIIYang berbaju kurung itu ialah adik saya yang bongsu.

IVProgram Rukun Tetangga dapat mempererat hubungan antara kaum di Malaysia


AI dan II sahaja


BI dan lVsahaja


CI, III dan IV sahaja


DII, III dan IV sahaja


Jawapannya : C


26IKerani itu sibuk mengemas kini maklumat pekerja untuk diserahkan kepada pengurusnya.

II"Mana baju yang kamu berkenan, ambillah," kata ayah kepadaku. 

IIIKes buli pelajar tingkatan satu akan dibincangkan dalam mesyuarat guru pada hari ini.

IVGerakan besar-besaran dilancarkan oleh polis bagi menangkap penjenayah di negara ini.


AI dan III sahaja


BII dan III sahaja


CI, II dan IV sahaja


DI, III dan IV sahaja


Jawapannya : A


27ISaya sempat mengemas bilik tidur sebelum berangkat ke sekolah

IISetiap orang warganegara hendaklah memberikan sumbangan kepada nusa dan bangsa 

IIIAbang dihadiahi seutas jam tangan oleh ayah sempena ulang tahunnya yang ke-15

IVSorak-sorai penonton di stadium itu kedengaran hingga ke rumah saya.


AI dan II sahaja


BI dan III sahaja


CII dan IV sahaja


DIII dan IV sahaja


Jawapannya : D

Soalan 28- 30
Pilih peribabasa atan maksud peribabasa yang paling sesuaibagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

28Harapannya untuk memperisteri Manisah hampa apabila dihalang oleh kedua-dua orang ibu bapanya. Peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut dapat digambarkanseperti:

A
Pungguk rindukan bulan 

BAbu di atas tunggul

CKacang lupakan kulit

DKaca terhempas ke batu


Jawapannya : D


29Walaupun berpendapatan kecil, dia tetap berbelanja mewah setiap hari.

A
Besar pasak dari tiang

IIIBesar periuk besar keraknya.

IVUkur baju di badan sendiri

DBelum duduk sudah berlunjur


Jawapannya : A


30

Setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di atas belakang kerbau juga
Peribahasa di atas bermaksud

ASeseorang yang kehilangan tempat bergantung

BOrang yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.

CPerselisihan faham yang sering berlaku antara adik-beradik.

DWalaupun ke mana pergi, akhimya kembali ke tempat asal.


Jawapannya : D

0 comments:

Post a Comment