RENUNGAN

BAHASA JIWA BANGSA

CIKGU KARIM

Seorang yang pakar dan berpengalaman dalam penulisan karangan.Merupakan seorang pemeriksa kertas jawapan PMR dan SPM.

CIKGU FUAD

Seorang yang pakar dan arif dalam bidang penggunaan bahasa.Merupakan seorang pakar motivasi yang aktif .

CIKGU JOE

Seorang Sarjen Muda dan merupakan seorang penulis novel dan cerpen.Merupakan anak murid Dato A.Samad Said sasterawan negara.

CIKGU HARIS

Merupakan seorang yang mahir dan pakar dalam meramal soalan-soalan peperiksaan.Buku-buku soalan beliau laris di pasaran.

BAHASA JIWA BANGSA

Belajarlah bahasa ibunda.

Wednesday, 19 December 2012

Motivasi Pelajar : Membina Peribadi dan Watak yang Baik


Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia juga sedar bahawa segala perbuatannya adalah sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T./ Tuhan yang maha Esa. 

Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.
Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.
Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. 
Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya. 
Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.



Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. 
Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T./Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ia juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1Murid 1Sukan Kementerian Pelajaran akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan mulai 2011 sebagai usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Hasrat kerajaan ialah menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana telah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang menjadi harapan negara dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia. Menceburi bidang sukan memerlukan semangat setiakawan dan berpasukan di samping melahirkan lebih ramai atlet yang berkelibar dan mampu bertanding di peringkat antarabangsa. Usaha mencungkil bakat dan melatih atlet perlu dilaksanakan di peringkat awal dan kerana itu sekolah menjadi asas yang terbaik. Dasar 1Murid 1Sukan juga bertujuan melahirkan generasi yang lebih sihat dan cergas kerana budaya bersenam di kalangan masyarakat sudah menjadi sesuatu yang sukar dilaksanakan atas pelbagai alasan. Masyarakat Malaysia semakin ramai mengalami masalah kegemukan, dan tentunya obesiti itu boleh mengakibatkan seseorang mudah dijangkiti penyakit yang dikenalpasti sebagai pembunuh utama rakyat, iaitu kencing manis, darah tinggi dan penyakit yang berkitan dengan kardiovaskular. Dengan menyemaikan budaya bersenam atau bersukan di peringkat sekolah, seseorang pelajar boleh memilih bentuk dan jenis sukan berdasarkan minat dan keupayaan masing-masing. Minat itu kemudiannya diharapkan dapat dikembangkan menjadi budaya, dan ini dapat membantu negara mengurangkan bilangan pengidap penyakit yang berkaitan dengan obesity. Menurut Menteri Pelajaran, sebuah jawatankuasa ad-hoc dipengerusikan beliau sudah mengadakan mesyuarat dan memutus akan melaksanakan enam strategi bagi menjayakan dasar itu. Ketika merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) ke-52 di Stadium Larkin minggu lalu (18 Mei 2010), Tan Sri Muhyiddin berkata: "Antara enam strategi dipersetujui ialah memberi bantuan kewangan sukan kepada sekolah, mewajibkan pembabitan pelajar dalam aktiviti sukan, mengenal pasti program sukan sekolah untuk dilaksana sepanjang tahun, menubuhkan Bahagian Sukan secara berasingan, elemen sukan dimasukkan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dan mengenal pasti lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melatih guru sukan…Melalui Dasar 1Murid 1Sukan ini, lengkaplah skop pembangunan sukan di sekolah kerana program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang khusus bagi membangunkan atlit sekolah cemerlang sudah dilaksanakan sejak Julai 2008." Perubahan ini adalah selaras dengan transformasi pendidikan, dan menurut Menteri Pelajar lagi, sudah sampai masanya kementerian mempunyai kerangka penilaian yang lebih komprehensif untuk mengukur keberkesanan pelaksanaan setiap agenda pendidikan termasuk kegiatan sukan. “Jika setiap tahun kita mampu memberi penilaian terhadap prestasi akademik murid dalam pencapaian mereka, maka sewajarnya kita juga mampu memberi laporan prestasi dalam bidang lain termasuk sukan. Dengan ini, pandangan mengatakan kementerian terlalu menumpu bidang akademik saja dapat disangkal dan ditangani,” katanya. Posted by KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA at 10:32 AM Labels: Ensiklopedia Pendidikan 0 comments:

Apa itu MBMMBI | Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI. Peranan guru dalam melaksanakan dasar MBMMBI Sebelum kita berbicara lebih lanjut mengenai Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI ini, apa kata kita lihat dahulu definisi MBMMBI ini. Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah , Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

Keputusan PMR 2012


Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan diketahui pada hari rabu 19 Disember 2012. Semua murid-murid atau ibu bapa bolehlah mengambil keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi. Cikgu doakan semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang dan jangan putus asa sekiranya keputusan yang diterima tidak begitu memberangsangkan kerana anda masih mempunyai banyak lagi peluang untuk cemerlang dalam pelajaran.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS seperti berikut:


Bantuan Persekolahan RM 100

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu, peruntukkan sebanyak RM540 juta telah diberikan bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013. 

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013. 

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan. Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. 

Mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin. Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan. 

Bagi pelajar-pelajar yang akan berpindah sekolah, pihak sekolah hendaklah meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti. 

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi. 

Wednesday, 12 December 2012

Objektif




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

          Sebagai bahasa rasmi negara, Bahasa Melayu perlulah dikuasai oleh rakyat Malaysia dengan baik dan betul. Blog ini dibangunkan adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR. Dalam blog ini segala maklumat berkenaan subjek Bahasa Melayu mampu dicapai oleh para pelajar. Blog yang dibangunkan ini mengandungi nota-nota mengikut sukatan pelajaran bagi pelajar PMR seperti pemahaman, kosa kata, drama, novel, prosa moden, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional. Selain itu, blog ini mengandungi latihan soalan-soalan berbentuk PMR yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dan menguji tahap penguasaan pelajar terhadap subjek ini. Di samping itu juga, isu-isu semasa dan video pengajaran turut dimuatkan di dalam blog ini. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada blog ini. Selamat maju jaya!!!